User Name: Password:
Matric No. IC/ISID No.  
or Create Account Here


     

FAQ Portal UTM DEGREE++ :.

 

Bagaimanakah cara pendaftaran kursus secara online di portal UTM Degree++?

 

Langkah pertama pelajar perlu membuka akaun pelajar di portal ini dengan menekan butang "Create Account here" di penjuru kanan portal ini. Pelajar perlu mengisi maklumat asas yang diminta dan kemudian tekan butang register.

 

Seterusnya pelajar boleh login ke dalam sistem menggunakan nombor matrik sebagai username dan nombor kad pengenalan sebagai password.

 

Untuk mendaftar kursus, sila ke menu Course>Register Course. Pelajar boleh memilih kursus yang dikehendaki dengan menekan butang Add dan seterusnya menekan butang Register. Jika pelajar ingin menarik diri dari kursus sila tekan butang delete setelah memilih kursus yang ingin dibatalkan. Walaubagaimanapun, pelajar tidak dapat delete kursus tersebut  jika telah membuat pembayaran. Sila ke kaunter UTM Degree++ untuk membuat penukaran kursus yang lain.

 

Untuk keluar dari sistem, sila tekan butang logout.

 

Setelah mendaftar kursus, pelajar dikehendaki membuat pembayaran lima(5) hari sebelum kursus dijalankan. Pembayaran boleh dilakukan dikaunter UTM Degree++, UTMSPACE. Taman Universiti.

 

 

FAQ Program UTM DEGREE++ :.

 

1.         Apakah Program UTM Degree++?

 

Program UTM Degree++ adalah usaha UTM menambah nilai pengetahuan dan kemahiran mahasiswa UTM dengan ilmu/kemahiran diluar daripada sukatan matapelajaran yang diajar didalam kuliah sepanjang tempoh pengajian. Program UTM degree++ akan melengkapkan mahasiswa terutamanya pelajar tahun akhir dengan pengetahuan dan kemahiran menyesuaikan diri dalam kerjaya serta kemahiran teknikal bidang kerjaya yang dipohon.

 

2.         Siapakah perlaksana Program UTM Degree++ ?

 

Program UTM Degree++ akan dilaksanakan oleh UTMSPACE di bawah Unit Pembangunan Profesional dan dengan kerjasama fakulti.

 

3.         Bilakah Program UTM Degree++ dilaksanakan dan berapa hari kursus akan dijalankan?

 

Program UTM Degree++ akan dilaksanakan sepanjang semester 1 dan 2, setiap hujung minggu iaitu sama ada hari Ahad atau Sabtu. Bilangan hari kursus bergantung kepada silibus yang akan diajar sama ada satu hari atau dua hari.

 

4.         Siapakah yang harus mengambil Program UTM Degree++?

 

Semua pelajar tahun akhir UTM.

 

5.         Berapa bilangan kursus yang harus diambil oleh pelajar tahun akhir?

 

Pelajar tahun akhir diwajibkan mengambil sekurang-kurangnya 3 kursus iaitu kursus How To Get Yourself Employed dan dua kursus-kursus tambahan lain yang ditawarkan.

 

6.         Berapakah bayaran untuk setiap kursus yang akan diambil oleh pelajar?

 

Bayaran setiap kursus adalah bergantung kepada bilangan  hari kursus. Kebiasaanya, bagi kursus satu hari akan di kenakan bayaran sebanyak RM 30 dan untuk kursus 2 hari akan dikenakan bayaran RM 60 atau RM 90. Walaupun begitu, yuran mungkin berubah berdasarkan keperluan sesuatu kursus.

 

7.         Apakah yang pelajar dapat semasa dan selepas mengikuti Program UTM Degree++?

 

Pelajar yang mengikuti Program UTM Degree++ akan dibekalkan dengan modul kursus dan juga “Sijil UTM Degree++”.

 

8.         Adakah kursus yang diambil oleh pelajar akan dimasukkan ke dalam transkrip pelajar?

 

Ya, Program UTM Degree++ yang diambil oleh pelajar akan dimasukkan ke dalam transkrip pelajar.

 

9.         Adakah pihak urusetia menyediakan makanan semasa kursus diadakan?

 

Bermula Semester II sesi 20102011, pihak urusetia tidak menyediakan makanan.

 

 

10.        Bagaimanakah proses pendaftaran dan pembayaran yuran bagi setiap kursus yang akan diadakan?

 

Pelajar boleh membuat pendaftaran kursus secara online di portal UTM Degree++ (www.utmspace.utm.my) dan bayaran bagi setiap kursus, pelajar dikehendaki membayar di kaunter UTM Degree++, UTMSPACE kecuali untuk kursus How To Get Yourself Employed yang mana pendaftaran dan pembayaran hendaklah dilakukan di fakulti masing-masing.

 

11.        Adakah setiap kursus yang dijalankan mempunyai tempat yang terhad?

 

Ya, setiap kursus yang dijalankan mempunyai kapasiti yang tertentu. Secara umumnya bilangan pelajar untuk sesuatu kursus adalah 40 orang.

 

12.        Siapakah tenaga pengajar untuk Program UTM Degree++?

 

Tenaga pengajar bagi Program UTM Degree++ adalah terdiri daripada pensyarah UTM sendiri dan terdapat juga fasilitator daripada pihak luar yang telah dilantik oleh UTMSPACE.

 

13.        Adakah yuran yang telah dibayar akan dikembalikan sekiranya saya ingin menarik diri daripada kursus yang telah saya daftar?

 

Tidak, yuran tidak akan dikembalikan jika peserta ingin menarik diri. Walaupun begitu, pertukaran peserta adalah dibolehkan.

 

14.        Bagaimana pula jika kursus dibatalkan? Adakah yuran penyertaan akan dikembalikan?

 

Ya, yuran akan dikembalikan jika kursus dibatalkan oleh pihak penganjur.

 

15.        Saya bukan pelajar tahun akhir, bolehkah saya mendaftar program UTM Degree++?

 

Sekiranya anda bukan pelajar tahun akhir, anda masih boleh mengambil kursus-kursus yang ditawarkan dalam Program UTM Degree++. Hanya kursus How To Get Yourself Employed dikhaskan kepada pelajar tahun akhir sahaja.


Copyright © UTMSPACE 2012, All Rights Reserved